JANGANLAH MENGGADAI NYAWA KALAU SUAMI DAH TAK NAK....
UNTUK PENGETAHUAN SEMUA,CERITA YANG SEBENAR. KEJADIAN BERLAKU PADA 24 MAC 2009 JAM 5 PTG

ARWAH BARU BUAT SEKALI JE BUANG LEMAK KAT PERUT DIA PADA 16 JANUARI 2009 YANG LALU...PADA PUNGGUNGNYA DIA MEMBUAT RAWATAN MENGETATKAN PUNGGUNG MENGGUNAKAN BENANG KHAS (SERDEV) PADA 6 JANUARI 2009.
ARWAH DATANG PADA PUKUL 3.30PTG DENGAN PN HAMISHAH ABU BAKAR, DAN MEMBUAT RAWATAN MUKA TERLEBIH DAHULU.
PUNGGUNGNYA TIDAK PERNAH DISEDUT LEMAK, MALAH RAWATAN SEBENARNYA (SERDEV) ADALAH MENGETATKAN PUNGGUNG MENGGUNAKAN BENANG KHAS YANG AKAN CAIR DALAM BADAN DALAM MASA 3 HINGGA 6 BULAN, SELEPAS SEMINGGU MENDAPAT RAWATAN DIPUNGGUNG, DIA MELAKUKAN RAWATAN SEDUT LEMAK DI PERUT, DAN ARWAH TIDAK PERNAH MENGADU MENGALAMI KESAKITAN DIPUNGGUNGNYA SETIAP KALI ARWAH DATANG KE KLINIK.
ARWAH DIDAPATI MENGALAMI MASALAH RUMAH TANGGA DENGAN SUAMI DAN TELAH KELUAR DARI RUMAH DAN PERGI KE RUMAH PN HAMISHAH ABU BAKAR (KAKAK ANGKAT) DAN BERMALAM DI SITU...KENYATAAN INI SENDIRI DIBERITAHU OLEH PN HAMISHAH PADA HARI KEJADIAN SEMASA BELIAU MELIHAT JENAZAH. ARWAH JUGA MEMBAWA BEG PAKAIAN YANG BESAR MASUK KE DALAM KLINIK..HAMISHAH JUGA ADA MENYATAKAN BAHAWA ARWAH TIDAK MAKAN LANGSUNG SEJAK SEMALAM HINNGA HARI KEJADIAN.....
MEMANG ARWAH ADA MENYATAKAN HASRAT UNTUK KE PWTC, SETELAH SELESAI PROCEDURES DI KLINIK INI...
ARWAH MELAKUKAN RAWATAN MENCUCI MUKA DAN RF (RADIO FREQUENCY) PADA BAHAGIAN PERUT DAN PUNGGUNG YANG MENGAMBIL MASA LEBIH KURANG 1 JAM 30 MINIT.
SEWAKTU MENJALANI RAWATAN RF, DIA BERTEMU DENGAN DR, DAN DR TELAH MEMERIKSA PUNGGUNGNYA, DAN TIADA APA2 MASALAH CUMA KADANG-KADANG ARWAH TERASA SENGAL DI BAHAGIAN YANG TELAH DIKETATKAN, SELEPAS DR MEMERIKSA PUNGGUNGNYA, ARWAH MEMINTA UNTUK MEMBUANG LEMAK DI BAHAGIAN ATAS PERUTNYA, TETAPI DR MENASIHATI DENGAN MENYATAKAN LEMAK TERLALU SEDIKIT DAN TIDAK PERLU DIBUANG..TETAPI ARWAH TERUS MERAYU AGAR LEMAK ITU DIBUANG JUGA. ARWAH BARU SEKALI BUAT PROCEDURE BUANG LEMAK NI BUKAN 6 KALI DAN BUKAN 14 KALI, MEMANG TAK LOGIK LANGSUNG..BUKTI ARWAH SEMUA ADA PADA KAMI..
ARWAH MELANGKAH MASUK KE BILIK OPERASI PADA JAM 5 PETANG, ARWAH BARING MACAM BIASA SETELAH LAKARAN PADA PERUT BAHAGIAN ATASNYA DILAKUKANA (GUNA MARKER PEN WARNA HITAM), DR MULA MEMBERI SUNTIKAN KIRA2 JAM 5.05, SETELAH SELESAI MEMBERI SUNTIKAN, DR PERGI UNTUK MENCUCI TANGAN (SCRUB UP) PROCEDURE INI BIASA DILAKUKAN SEBELUM MELAKUKAN SEBARANG OPERASI DENGAN TUJUAN UNTUK STERILE. SEDANG DR MENCUCI TANGAN, ARWAH MULA TERSEDAK DAN MENGADU NAK MUNTAH, SEDAKAN KALI KEDUA ARWAH MENGELUARKAN CECAIR BERLENDIR, DAN KALI KETIGA ARWAH CUBA MUNTAH TETAPI TERSEKAT, DAN KETIKA INI ARWAH MULA PUCAT DAN BERHENTI BERNAFAS,
MELIHAT KEADAAN ITU, DR TERUS MELAKUKAN PERNAFASAN MULUT KE MULUT, CPR, MEMBERI OKSIGEN DAN AMBUBAG, ARWAH MULA BERNAFAS TETAPI SEKEJAP SAHAJA, DR MENERUSKAN USAHA MENYELAMATKAN ARWAH, SETELAH HAMPIR 20 MINIT BERLALU, DR MENGAMBIL KEPUTUSAN UNTUK MEMBERI SUNTIKAN ADRENALINE YANG BERCAMPUR DEXTROSE PADA OTOT TANGAN BELAH KANAN,(INTRA-MUSCULAR) DENGAN HARAPAN JANTUNG ARWAH KEMBALI BERDENYUT, SAMBIL ITU DR MENERUSKAN LAGI CPR, SETELAH 10 MINIT MASIH TIADA APA-APA REAKSI, DR MEMBUAT LANGKAH TERAKHIR IAITU MENYUNTIK ADRENALINE YANG BERCAMPUR DEXTROSE SEKALI LAGI KE BAHAGIAN JANTUNG (INTRA-CARDIAC) DR MENDENGAR JANTUNG TIADA DENYUTAN, DR MEMERIKSA NADI PUN TIADA DENYUTAN, DR MEMERIKSA ANAK MATA TIADA PERGERAKAN....DAN PADA 5.35 PETANG DR MENGISHTIHARKAN ARWAH SUDAH MENINGGAL DUNIA...
PN HAMISHAH ABU BAKAR PANIK SETELAH MENDENGAR PENERANGAN DARI DR YANG MEMBERITAHU ARWAH SUDAH TIADA LAGI, PN HAMISHAH TIDAK TERUS MENGHUBUNGI SUAMI, KIRA-KIRA JAM 6 PETANG, MELIHAT KEADAAN PN HAMISHAH MENANGIS DAN KELIHATAN PANIK, TETAPI DIA PERLU MENJEMPUT ANAKNYA TERLEBIH DAHULU, DR MENGARAHKAN SEORANG STAFF UNTUK IKUT PN HAMISHAH KERANA DR RISAU KALAU TERJADI APA2 DALAM PERJALANAN. 
SUAMI ARWAH DIBERITAHU KETIKA PN HAMISHAH SEDANG DALAM PERJALANAN MENJEMPUT ANAKNYA...PADA MULANYA SUAMI ARWAH TIDAK PERCAYA, DAN TERUS DATANG KE KLINIK INI PADA JAM 8.30 SUAMI ARWAH TIBA.
SUAMI ARWAH TIDAK TAHU BAHAWA ARWAH PERNAH MENJALANI RAWATAN MENGETATKAN PUNGGUNG MENGGUNAKAN BENANG KHAS, BENANG INI AKAN HANCUR DALAM BADAN. DAN BENANG INI JUGA YANG DISALAH TAFSIRKAN. HUBUNGAN ARWAH DENGAN SUAMI TIDAK BEGITU BAIK, DAN INI MEMBUATKAN ARWAH BERASA TERTEKAN DAN TIDAK MAHU MAKAN SERTA BADANNYA LEMAH. TETAPI HARI KEJADIAN ARWAH KELIHATAN CERIA, SIHAT SEPERTI BIASA..APABILA KAMI BERTANYA ARWAH SUDAH MAKAN KE BELUM, JAWABNYA SUDAH..TETAPI PN HAMISHAH MEMBERI TAHU KAMI ARWAH TIDAK MAHU MAKAN SEJAK DIA KELUAR DARI RUMAHNYA DI BANGI....HARI KEJADIAN ARWAH MENDAKWA DIA TELAH MAKAN SEDIKIT MEE HOON PADA JAM 1 PETANG
SETAKAT INI PIHAK KAMI PUN MASIH MENUNGGU LAPORAN KIMIA BEDAH SIASAT ARWAH, DAN SETAKAT INI PIHAK KAMI TIDAK MELAKUKAN SEBARANG KECUAIAN, SEMUA PROCEDURE MENGIKUT LANGKAH YANG SEPATUTNYA...
HARI NI GENAP SEMINGGU ARWAH MENINGGALKAN DUNIA INI, SAMA-SAMALAH KITA BERDOA AGAR ROH ARWAH DICUCURI RAHMAT DAN JANGANLAH KITA CERITA YANG TAK BETUL TENTANG ARWAH, KESIAN DIA DI SANA....KITA PUN BELUM TENTU LAGI MACAMANA KESUDAHAN KITA SEMUA.....
AJAL DI TANGAN TUHAN, BILA....CARA...MACAMANA....SUME KITA TAK TAHU....ARWAH NI DAH TEMUI AJALNYA, KITA YANG HIDUP NI JANGANLAH BERFIKIR BURUK ATAU MEMBURUK KAN KEADAAN....

1 comments:

Ajal maut ditangan Allah..takziah kpd keluarga mangsa..sedih mmbacanya.ingin cantik utk suami ttp maut menjemput..semoga jd pengajaran utk para suami.terima isteri seadanya..

November 27, 2010 at 5:29 PM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds