Karangan budak darjah 4

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu
beku. Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu emak
saya mengajak saya menemaninya ke pasar. Tetapi saya tidak mahu.

Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya
bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu
letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya
ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.

Dia melanggar emak saya. Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia
menjerit "Adoi!". Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori
tersebut. Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya
melanggar lori itu pula. Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun
memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa
mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri. Feri itu terbelah dua.

Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri
itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi
robot Transformer. Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun
terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan. Dia melanggar pemandu feri yang
telah bertukar menjadi Ultraman itu.

Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula
lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut
melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan
ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah. Dia menyendengkan helikopternya
dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu
menjerit "Adoi..!" dan jatuh ke bumi. Emak say menghantar helikopter
itu ke Genting Highlands. Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul
pemandu lori itu dengan beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam
bahasa Inggeris.

Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih.
Lalu pemandu lori itu mati. Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia
membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota
polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat
kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi. Polis yang bertugas
cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara. Orang
ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai
lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada
penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar
cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya dan emak saya terus berlari balik ke
rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati. Itulah
kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum saya mati.

1 comments:

saya pun menjerit adOi..! kerana post ini sungguh lawak xD

February 17, 2009 at 5:27 AM  

Newer Post Older Post Home

Blogger Template by Blogcrowds